Tarikh : 31.12.2016
Tempat : Sungai Dua, Rawang
Pada 31.12.2016, PKMRS telah mengagihkan sumbangan kembali ke sekolah kepada 11 orang murid daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Sumbangan yang diberikan seperti sebuah beg sekolah, beberapa buah buku nota, sebuah kotak pensil berisi alat tulis, dan sehelai pakaian seragam sekolah kepada setiap individu.
Semoga sumbangan ini dapat menyuntik semangat rajin ke sekolah dan mahu menimba ilmu dalam diri anak-anak ini. Semoga mereka cemerlang dalam pelajaran dan mampu mengubah nasib keluarga mereka di kemudian hari.