Tarikh : 30.09.2018
Tempat : Kampung Lee Kim Sai, Rawang
Pada 30.09.2018, PKMRS telah menghulurkan bantuan berupa bahan makanan asas kepada sebuah keluarga di Kampung Lee Kim Sai, Rawang. Keluarga ini terdiri daripada seorang nenek dan 8 orang cucunya di mana 5 orang daripada cucunya itu masih bersekolah. Bapa kepada anak-anak ini telah meninggal dunia dan ibunya pula telah tinggal berasingan setelah berkahwin dengan orang lain. Semua mereka ini ditanggung oleh nenek seorang diri yang hanyalah berkerja sebagai pengutip bunga dan pendapatannya hanya RM 10.00 sehari. Kami telah memberikan bantuan seperti beras, minyak masak, telur, mihun, mi segera, kentang, bawang besar, bawang putih, jus kordial dan air minuman berkotak.
Semoga nenek ini terus tabah dan bersemangat dalam menjaga cucu-cucunya dan bantuan kami ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sedikit beban yang dialami nenek.