Tarikh : 09.09.2018
Tempat : Rawang
Pada 09.09.2018, PKMRS telah menganjurkan Acara Perarakan Sempena Malaysia Baru di Pekan Rawang. Perarakan ini akan bermula di hadapan bangunan Hong Leong Bank dan bergerak menusuri Jalan Welman seterusnya ke Jalan Maxwell dan menusuri kembali Jalan Welman untuk diakhiri di hadapan bangunan Hong Leong Bank semula. Acara ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi. Selain itu, acara ini turut disempurnakan dengan kehadiran tetamu-tetamu khas iaitu YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang), YB Tuan Chua Wei Kiat (Adun Rawang) dan YB Tuan Gunaraj George (Adun Sentosa). Acara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 500 orang yang terdiri daripada NGO, guru dan murid sekolah. serta orang awam.
Terima kasih kepada semua yang telah sudi menyokong program kami dengan menyertai acara ini.