Tarikh : 25.05.2017
Tempat : Rawang
PKMRS telah memberikan bantuan kepada Puan Danaletchumy yang berusia 34 tahun dan mengalami masalah penyakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan. Kami telah memberikan bantuan barang bahan makanan kering berjumlah RM 100.00 setiap bulan dan membiayai bil pemeriksaan perubatan untuk rawatan Hemodialysis yang berjumlah RM 396.00 selama setahun. Jumlah bantuan setahun adalah sebanyak RM 5,952.00.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban beliau dan semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.