Tarikh : 20.11.2016
Tempat : Dewan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 17, Taman Muhibbah, Rawang
Pada 20.11.2016, PKMRS telah diundang menghadiri Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah oleh Tadika Sri Maha Mariamman. Kami telah dihiburkan dengan tarian tradisional oleh para pelajar tadika ini.
Tahniah buat semua pelajar yang telah menamatkan sesi pembelajaran pra sekolah di tadika ini. Semoga anak-anak ini akan terus berjaya dalam melangkah ke alam pembelajaran peringkat sekolah rendah. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka.