Tarikh : 18.12.2016
Tempat : Dewan Sri Veerakathy Vinayagar Rawang
Pada 18.12.2016, PKMRS telah menganjurkan Majlis Memberi Bantuan Kembali Ke Sekolah di Dewan Sri Veerakathy Vinayagar Rawang daripada pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang. Bantuan yang diberikan berupa set pakaian seragam sekolah, sebuah beg sekolah, beberapa buah buku sekolah, dan sebuah kotak pensil berserta satu set alat tulis lengkap.
Semoga bantuan ini dapat memudahkan urusan para pelajar dan keluarga mereka untuk melangkah ke alam persekolahan sesi baru. Semoga mereka belajar dengan cemerlang dan dapat mengubah nasib diri dan keluarga.