Tarikh : 16.07.2017
Tempat : Bangunan Hong Leong Bank, Jalan Welman, Rawang
Pada 16.07.2017, PKMRS telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Derma Organ dengan kerjasama daripada Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Bangunan Hong Leong Bank, Rawang. Tempat program telah ditaja oleh Encik Selva daripada Restoran Nesan Curry House. Seramai 135 orang telah menghadiri program ini. Hasil program ini, kami telah mendapatkan 68 orang penderma darah dan 67 orang penderma organ.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Selva yang telah menaja tempat program. Terima kasih buat Pusat Darah Negara yang sudi berkerjasama dengan kami menganjurkan kempen ini. Selain itu, jutaan terima kasih untuk para hadirin yang telah menyertai program ini dan yang telah berjaya menderma darah dan organ.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua orang sama ada yang menderma dan yang menerima derma.