Tarikh : 11.08.2018
Tempat : SJK (C) San Yuk, Jalan Kenanga, Rawang, Selangor
Pada 11.08.2018, PKMRS telah berkerjasama dengan Ranting Taman Rawang Jaya bagi menganjurkan Majlis Penerangan Info Rakyat. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu terhormat iaitu YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang), YB Tuan Chua Wei Kiat (Adun Rawang), dan YB Tuan Gunaraj George (Adun Sentosa). Selain itu, majlis ini turut menyediakan 10 buah basikal dan 10 biji hamper untuk dimenangi sebagai hadiah cabutan bertuah.