Tarikh : 07.08.2018
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang
Pada 07.08.2019, PKMRS telah menganjurkan satu program kesihatan kepada 200 orang pelajar SJK (T) Rawang. Program ini mengambil masa selama satu jam sahaja iaitu daripada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.30 pagi. Program kesihatan ini mendedahkan kepada para pelajar tentang pemakanan sihat dan seimbang. Usaha ini bertujuan untuk mendidik para pelajar mengetahui tentang bagusnya sesuatu makanan untuk dimakan dan menghindarkan makanan yang boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan para pelajar.
Terima kasih kepada para pelajar yang menyertai program ini. Turut berterima kasih kepada para guru yang menyokong usaha kami dalam mendidik anak-anak generasi akan datang.