Pada 11.07.2019, PKMRS telah menyampaikan bantuan kewangan kepada seorang pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak di dalam jurusan perniagaan. Semoga bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan proses dan meringankan beban beliau serta keluarga. PKMRS amatlah menitikberatkan tentang pendidikan dan akan membantu sebaik mungkin agar generasi akan datang memiliki ilmu pengetahuan yang secukupnya.