

Tarikh : 08.10.2015
Tempat : Pasar Moden, Bandar Country Homes, Rawang
Pada 08.10.2015 jam 12.00 tengahari, PKMRS telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Pengumpulan Sisa Makanan Zon 17 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Selayang dan Jawatankuasa Penduduk Zon 17. Majlis ini bertujuan untuk bersama-sama mendukung usaha kerajaan negeri dalam Kempen Clean and Green 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Gan Pei Nei, ADUN Rawang.