27.12.2016 : Sumbangan Yuran Universiti

24.12.2016 : Cameron Highlands
24/12/2016
27.12.2016 : Program Kembali Ke Sekolah
27/12/2016

Tarikh : 27.12.2016

Tempat : Rawang


Pada 27.12.2016, PKMRS bersama dengan ADUN Rawang, YB Puan Gan Pei Nei telah menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM 500.00 kepada seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan perubatan. Wang tunai ini bertujuan untuk menyelesaikan yuran pengajian semester penggal ketiga beliau yang tertangguh kerana beliau tidak mampu untuk membayarnya.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga. Semoga beliau juga terus bersemangat dalam menimba ilmu dan memperoleh kecemerlangan agar beliau dapat mengubah nasib beliau dan keluarga. Terima kasih juga kepada YB Puan Gan Pei Nei yang sudi bersama-sama dengan kami menyampaikan sumbangan kepada beliau.