23 September 2022
AEON Rawang
Pada 23 September 2022, PKMRS telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan percuma kepada pengunjung di AEON Rawang yang berminat untuk melakukan ujian saringan kesihatan. Program ini adalah hasil kerjasama daripada pihak PKMRS dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan adanya program ini, pengunjung dapat melakukan beberapa saringan kesihatan asas dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar perubatan yang berada di situ sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan dengan keputusan saringan.
Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah berkerjasama dengan PKMRS bagi menjayakan program ini dan kami juga turut berterima kasih kepada semua pengunjung AEON Mall yang telah mengambil bahagian dalam program ini.