23.08.2019 : Sumbangan Pembiayaan Universiti

24.07.2019 – 29.07.2019 : Program World Invention Creativity Olympic (WICO)
29/07/2019
25.08.2019 : Thirumurai di SJK Tamil Batu Caves
25/08/2019

Tarikh : 23.08.2019
Tempat : Nesan Curry House, Rawang

Pada 23.08.2019, PKMRS telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Mohan untuk kedua orang anaknya yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti. Sumbangan ini adalah untuk Krishniya Letchmy Mohan yang akan ke Universiti Malaysia Pahang dan Sanjeevan Mohan yang akan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor. Bantuan sebanyak RM 2000.00 telah diberikan. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban Encik Mohan. Kami difahamkan jumlah pembayaran untuk keduanya dianggarkan berjumlah RM 5530.00.
Sumbangan ini adalah ikhsan daripada Encik Nesan Nanbargal. Terima kasih diucapkan kepada Encik Nesan Nanbargal atas sikap prihatin beliau demi memastikan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya.