18 Jun 2023
AEON Rawang, Persiaran Anggun
Pada 18 Jun 2023, PKMRS telah berkerjasama dengan pihak Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan AEON Rawang dalam menganjurkan Program Derma Darah kepada seluruh pengunjung AEON Rawang.
Program yang diadakan daripada pukul 10 pagi sehingga 5 petang ini telah menarik minat penduduk sekitar Rawang. Seramai 205 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini dan 147 orang daripadanya telah berjaya menderma setelah melalui beberapa saringan bersama doktor yang bertugas. Seramai 58 orang telah ditolak permohonan untuk menderma darah atas beberapa faktor kesihatan tertentu.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang telah mendukung usaha kami dalam membantu dan memastikan Pusat Darah Negara mempunyai stok darah yang mencukupi bagi membantu mereka yang memerlukan darah. Ingatlah bahawa 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa manusia.