17.12.2015 : Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya KIRTARSH

16.12.2015 : Majlis Makan Malam Pelajar UPSR
16/12/2015
27.12.2015 : Program Kembali Ke Sekolah
27/12/2015


Tarikh : 17.12.2015

Tempat : Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya KIRTARSH, Bukit Beruntung


Pada 17.12.2015, PKMRS telah dikejutkan dengan berita musibah kebakaran yang terjadi kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya KIRTARSH. Banyak kerugian yang telah ditanggung oleh mereka akibat kebakaran ini. Namun, tiada angka korban dan kecederaan yang dicatatkan. Kami telah menghulurkan bantuan berupa bahan asas masakan kering dan bahan keperluan kanak-kanak kurang upaya. Antara bantuan yang diterima oleh mereka adalah lampin pakai buang, tilam lipat, toto, tisu, bahan cecair pencuci pakaian, air minuman, mi segera, air kotak, dan lain-lain lagi.

Semoga bantuan kami sedikit sebanyak dapat membantu pusat jagaan ini terus berjalan seperti biasa dan menjaga kanak-kanak kurang upaya ini sebaik-baiknya. Semoga kanak-kanak kurang upaya ini tidak trauma dengan musibah yang berlaku.