16 Sep. 2023 : Program Derma Darah dan Saringan Kesihatan

02 Jul. 2023 : Program Derma Darah dan Saringan Kesihatan
02/07/2023


16 September 2023 & 17 September 2023

AEON Mall, Rawang


Pada 16 September 2023 dan 17 September 2023, PKMRS telah berkerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Darah Negara, Parlimen Selayang, ADUN Rawang dan AEON Mall Rawang dalam menganjurkan Program Derma Darah dan Saringan Kesihatan Percuma kepada penduduk Rawang. Program ini diadakan di dalam pusat membeli belah AEON Mall, di hadapan kedai Good 2 U.

Program yang diadakan daripada pukul 10 pagi sehingga 5 petang selama 2 hari ini telah menarik minat penduduk sekitar Rawang. Ada juga daripada kawasan luar yang hadir. Seramai 318 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini dan 238 orang daripadanya telah berjaya menderma setelah melalui beberapa saringan bersama doktor dan jururawat yang bertugas. Seramai 80 orang telah ditolak permohonan untuk menderma darah atas beberapa faktor kesihatan tertentu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang telah mendukung usaha kami dalam membantu dan memastikan Pusat Darah Negara mempunyai stok darah yang mencukupi bagi membantu mereka yang memerlukan darah. 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa manusia.

Jadual Program Derma Darah kami yang seterusnya adalah pada 23 Disember 2023 dan 24 Disember 2023.