11 Jun 2022
AEON Rawang, Persiaran Anggun
Pada 11 Jun 2022, PKMRS telah menganjurkan Program Derma Darah di AEON Rawang daripada jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program ini diberikan percuma kepada semua hasil kerjasama dengan pihak Pusat Darah Negara (PDN), pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak pengurusan AEON Rawang, dan Persatuan Mukkulathor Rawang Selangor (PMRS). Seramai 86 orang telah turut serta menjalani saringan kesihatan oleh KKM dan seramai 70 orang telah berjaya menderma darah.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.