Tarikh : 11.05.2016
Tempat : Rawang
Pada 11.05.2016, PKMRS telah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Selayang, YB Tuan William Leong Jee Keen dan ADUN Rawang, YB Puan Gan Pei Nei telah menghadiri taklimat projek yang dianjurkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Turut terlibat di dalam sesi taklimat ini adalah wakil-wakil NGO di kawasan Rawang. Taklimat ini diadakan bagi menjelaskan tentang projek KTMB yang mahu membaikpulih rel-rel sedia ada yang akan mengakibatkan gangguan kepada jadual perjalanan dan waktu operasi.