11 Mac 2023
AEON Rawang, Persiaran Anggun
Pada 11 Mac 2023, PKMRS telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Wanita di AEON Rawang daripada jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Program ini diberikan percuma kepada semua hasil kerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak pengurusan AEON Rawang, dan Persatuan Mukkulathor Rawang Selangor (PMRS). Program ini menyediakan saringan bmi, tekanan darah, saringan kencing manis, pap smear dan saringan kanser payudara. Seramai 159 orang telah melakukan ujian saringan kesihatan ini.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Selayang, YB Tuan William Leong dan ADUN Rawang, YB Tuan Chua Wei Kiat yang sudi hadir menyokong kami. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.