Tarikh : 09.11.2015
Tempat : Taman Garing, Rawang
Pada 09.11.2015, PKMRS telah memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan sepasang cermin mata buat seorang pelajar perempuan yang berasal daripada keluarga tidak berkemampuan. Wang tunai itu adalah bertujuan untuk membayar yuran tadika kanak-kanak ini. Cermin mata itu pula adalah untuk membantunya fokus dalam pelajaran setelah mendapat nasihat doktor pakar.
Semoga beliau belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan dapat mengubah nasib keluarganya di masa akan datang.