08.04.2017 : Mesyuarat bersama Lafarge Malayan Cement Bhd

19.03.2017 : Mesyuarat Agung Tahun kali ke-7
19/03/2017
09.04.2017 : Majlis Panguni Uthiram
09/04/2017

Tarikh : 08.04.2017

Tempat : Lafarge Malayan Cement Bhd, Rawang


Pada 08.04.2017, PKMRS telah mengadakan mesyuarat bersama syarikat Lafarge Malayan Cement Bhd. di Rawang bagi membincangkan isu habuk daripada kilang yang mengganggu penduduk yang tinggal di sekitar jarak 3 kilometer daripada kilang. Pihak Lafarge sebenarnya sedang dalam fasa pembinaan alat penapisan habuk yang baru namun pembinaan ini hanya akan siap pada bulan September 2017. Kami juga telah dibawa melawat ke tapak pembinaan. Namun begitu, pihak kami tetap akan memantau tentang masalah ini dan akan meneruskan kaji selidik terhadap permasalahan ini demi keselesaan penduduk setempat.