Tarikh : 07.06.2015
Tempat : Tapak Bola Keranjang Fasa 2, Bandar Country Homes, Rawang
Pada 07.06.2015, PKMRS telah menghadiri Majlis Dialog Penduduk bersama Agensi Kerajaan Zon 17 Bandar Country Homes Rawang di tapak bola keranjang fasa 2, Bandar Country Homes, Rawang. Majlis selama 4 jam ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 17 bersama-sama dengan Ahli Parlimen Selayang, YB Tuan William Leong Jee Keen dan ADUN Rawang, YB Puan Gan Pei Ni.