

07 April 2023
Bukit Rawang Putra, Rawang
Pada 07 April 2023, PKMRS telah menyerahkan sumbangan berbentuk cek bernilai RM 500.00 kepada keluarga mendiang Puan Santhami a/p K. Vasanthan. Sumbangan ini bertujuan untuk menguruskan upacara pengebumian mendiang Puan Santhami yang baru meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga beliau yang baru kehilangan ahli keluarga. Salam Takziah diucapkan.
