Tarikh : 06.09.2016
Tempat : SMK Seri Garing, Rawang
Pada 06.09.2016, Encik Uthaya Kumar M. Apau Nattar, selaku Pengerusi PKMRS yang merupakan salah seorang ahli PIBG SMK Seri Garing telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada pukul 8 malam sehingga 10 malam. Mesyuarat selama 2 jam ini diadakan adalah untuk membincangkan isu bangunan dewan baru yang akan dibangunkan tidak lama lagi.